Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang memberikan support dalam menjayakan aktiviti yang pertama dalam tahun 2009 ini. Untuk pengetahuan ur all aktiviti ni telah di rancang 2 minggu yang lepas atas persetujuan dan komitmen dari member club untuk mengadakan aktiviti ini.. Aktiviti berkelah ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan sillatul-rahim antara semua ahli club dan juga pelajar-pelajar yang dari course yang lain.. selain itu juga dapat mengisi aktiviti sempena cuti tahun baru cina..
Aktiviti berkelah ini bermula apabila semua ahli club dan rakan-rakan berkumpul di Sidma Collage pada pukul 9 pagi. pada mulanya perjalanan dijadualkan pada pukul 8 pagi.. Kami bertolak ke air terjun kiansom tepat pukul 9 .30 pagi dan sampai di sana sekitar jam 10 pagi. Apabila tiba di lokasi kami berkumpul dan mencari tempat yang sesuai untuk berkelah. Setelah mendapat tempat berkelah yang sesuai kami mengadakan aktiviti mandi air terjun, makan tengah hari, bermesra dengan rakan-rakan dan aktiviti bertukar hadiah dengan ahli-ahli club. Setelah semua aktiviti selesai kami berangkat balik ke rumah masing-masing tepat jam 3 petang.
Aktiviti seumpama ini memberikan satu kenangan dan pengalaman yang manis serta tidak dapat dilupakan. Dengan aktiviti ini juga dapat menyenangkan fikiran kepada semua pelajar kaunseling. Diharap semua ahli club bergembira dan enjoy dengan aktiviti yang diadakan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWah..syoknya kmu kan..tak pe la. nx tme i join k..hehehehe
ReplyDelete