border

Friday, February 6, 2009

Apa maksud Unit kaunseling di Jabatan Pelajaran Sabah

Seperti yang telah kita sedia maklum terutamanya kepada Ahli atau rakan-rakan yang mengambil option dalam bidang kaunseling sudah semestinya kita mengetahui apa itu sesi atau unit kaunseling yang telah di jalankan di sekolah terutamanya. Walaubagaimana pun di jabatan Pelajaran Negeri Sabah Telah mengeluarkan satu Pernyataan berkenaan 'apa itu kaunseling' berikut adalah hasil karya Unit Kaunseling dan Psikologi, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Justeru itu perbincangan secara spesifik berkaitan perkhidmatan kaunseling adalah terbatas kepada jabatan ini sahaja. Apa yang ingin saya tulis di sini bahawa Setiap fakta atau informasi yang berkaitan dengan Unit Kaunseling adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengetahuinya,terutama kepada sesiapa yang mengambil Ijazah pendidikan dalam Option Kuanseling. Untuk Mengetahui lebih lanjut lagi adalah seperti yang telah di terangkan di bawah ini:

Apa itu kaunseling?

Lazimnya, kaunseling dikatakan suatu perhubungan apabila seseorang menolong orang lain untuk memahami dan menyelesaikan permasalahannya. Jesteru, rakan dan ahli keluarga juga dikatakan boleh memberi kaunseling, atau rakan sepajabat, penasihat akademic, guru, ustazah dan ramai lagi. Realitinya seorang kaunselor merupakan individu yang terlatih dan memiliki kompetensi atau kepakaran dalam membina 'hubungan menolong'. Tambahnan lagi mereka juga terikat dengan etika dan akta kaunselor serta tahu limitasi amalan kaunseling mereka. Kaunselor memilii kepercayaan, dimensi, pegangan dan kemahiran dalam membantu anda melihat masalah anda dari perspektif yang berbeza dan mengambil tindakkan bersesuaian dengan kemampuan potensi diri anda.

Secara umumnya, dalam kaunseling anda perlu mengenalpasti kekuatan atau apa yang anda rasa baik untuk diri anda. Kekuatan ini boleh digunakan sebagai pemangkin dalam perubahan yang anda ingin lakukan kelak.

Kaunseling adalah satu proses perubahan (perkembangan kendiri) yang mana seseorang dibantu untuk :

  • ekspressi / meluahkan diri anda dalam suasana selamat, disokong, kalaboratif, tidak dihukum / dilabel dan rahsia;
  • identifikasi, mengutarakan, menjelaskan asal usul permasalahan yang terbuku, tersurat atau yang tersirat;
  • kenalpasti corak atau gaya diri (fikiran, perasaan, amalan) yang tidak membina;
  • belajar dan mengamalkan lebih banyak kemahiran berfaedah (kemahiran asertif diri)
  • bina dan capai matlamat hidup anda merupakan agenda utama.

Apa yang anda boleh jangkakan diperolehi daripada kaunselor?

Anda boleh harapkan seseorang yang berminat dan sudi mendengar luahan anda. Seseorang yang bersedia membantu dalam memahami diri anda agar anda mampu untuk berhadapan dengan situasi anda dengan efektif, efisyen dan lebih mudah. Kaunselor anda akan memberi komitmen secara serius dan berkomunikasi secara terbuka mengenai apa jua isu yang anda ingin bincangkann. Yakin bahawa kaunselor anda akan benar-benar fokus kepada sesi anda sebab kaunselor mempunyai kepercayaan tersendiri mengenai bagaimana manusia bertindak dan berubah. Perkara seperti perbincangan mendalam, soalan bertubi-tubi atau pelbagai aktiviti berkemungkinan akan dikemukakan semasa sesi kaunseling, ini bertujuan membina diri anda. Pada masa yang sama, sekiranya anda curiga dan timbul persoalan, jangan ragu-ragu ajukan kepada kaunselor anda. Seorang kaunselor tidak memiliki mukjizat atau 'magic' dan tidak mampu menyelesaikan konflik atau masalah yang anda pikul melainkan diri anda sendiri yang menanganinya. Jesteruh, kaunselor anda bersedia bekerjasama dengan anda tetapi tidak melakukan kerja untuk anda yang mana anda berupaya melakukannya sendiri. Sungguhpun begitu, bagi sesetengah situasi di luar jangkaan kaunselor anda mungkin mengutamakan keselamatan anda, dan berbincang lebih lanjut untuk membantu anda.

Tanggungjawab Anda Dalam Kaunseling

Tanggungjawap yang paling utama buat anda di dalam kaunseling adalah hadir dengan aktif di setiap temujanji sesi kaunseling. Seterusnya, berbincang secara ikhlas, terbuka dan sejujurnya mengenai apa sahaja yang menggangu diri anda. Seperkara lagi, pastikan tugasan, latihan atau tindakan di luar sesi yang ditetapkan dapat diusahakan hingga terlaksana. Jika anda tidak bersedia atau tidak selesa dengan aktiviti atau gaya sesi kaunseling yang dijalankan, berterus terang dengan kaunselor anda. Kebiasaannya, kaunselor akan mengusahakan suatu kaedah yang baru dan menepati keselesaan anda. Jika permasalahan anda telah selesai, atau anda tidak melihat apa-apa progress menerusi sesi kaunseling berhubung isu anda, sila maklumkan kaunselor anda. Fokus utama kaunselor adalah memberi faedah dan kebaikan kepada anda menerusi kaunseling.

Kerumitan yang biasanya dilalui semasa kaunseling.

Satu kerumitan utama yang paling kerap berlaku dalam kaunseling adalah pada tahap permulaan ketika anda tergerak untuk bertemu dengan kaunselor buat pertama kalinya. Keputusan untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling merupakan langkah pertama dalam proses perubahan. Sebaik sahaja keputusan tadi dibuat, mekanisme untuk berubah secara aktif disetkan dalam diri. Seterusnya dalam proses perubahan gaya berfikir, gaya beremosi atau gaya bertingkahlaku, kebiasaannya anda terpaksa mencuba suatu yang baru dalam melakukan kerja. Perubahan-perubahan ini berkemungkinan akan membuat anda merasa tidak selesa dan kadang kalanya kecewa seperti putus asa. Cabaran demi cabaran mengatasi tahap kemampuan limitasi diri anda juga boleh mengundang frustasi, namun dengan komitmen yang tinggi dan latihan kemahiran efektif, anda akan melebarkan batas limitasi anda dan beroleh suatu yang baru lagi menyeronokkan dalam diri anda.

Tips bagaimana memanfaatkan faedah menerusi kaunseling

Bersedia untuk memberi fokus sepenuhnya kepada suatu masalah atau isu yang spesifik. Bersedia untuk mengikuti sesi kaunseling secara progress dan aktif mengambil bahagian. Siapkan semua tugasan ( atau setidak-tidaknya berusaha dan mencuba ). Beritahu kaunselor anda sekiranya anda merasa tidak dibantu dari sesi kaunseling yang dihadiri.

Apa yang ingin saya cuba sampaikan disini bahawa, informasi ini amat penting kepada pelajar kaunseling atau member SCC baca bagi mengetahui lebih lanjut lagi apa itu sesi kaunseling pada Jabatan Pelajaran Sabah. untuk mengetahui lebih lanjut lagi sila layari unit kaunseling Jabatan PelajaranNegeri Sabah.

http://asia.geocities.com/kaunseling4u/home.htm